by Oh! Semput
Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, Infinix Malaysia bakal melancarkan versi terbaru bagi reka bentuk luaran peranti terkini mereka iaitu siri Infinix NOTE 40 yang terdiri daripada dua model keseluruhannya, NOTE 40 dan NOTE 40 Pro.
Rekaan itu dinamakan sebagai ‘Racing Edition’ yang mana ia diasaskan dengan kolaborasi bersama BMW Design Works dan akan rasmi di Malaysia pada 19 Jun 2024.
https://www.facebook.com/InfinixMobileMalaysia/videos/984780709533809
Berdasarkan siaran di atas, kolaborasi ini akan menampilkan rekaan antara muka (UI) berasaskan BMW Motorsport berwarna belang biru, merah serta biru gelap dan tidak ketinggalan di modul kamera juga.
Namun, spesifikasi dalaman masih lagi sama di mana skrinnya adalah jenis AMOLED 6.78 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Kamera utama pula diterapkan lensa 108MP (OIS) serta penguasaan cip Dimensity 7020 5G untuk kedua-dua model.
Beli peranti Infinix NOTE 40 di:
Shopee – https://invl.io/clklmh5
Lazada – https://invol.co/clklmh9
{suggest}
: Siaran Media Infinix Malaysia
Siri Infinix NOTE 40 ‘BMW Racing Edition’ Rasmi 19 Jun, Rupa Saja Beza WISER.MY.