by Oh! Semput
Infinix hari ini melancarkan XPAD 30 Pro di peringkat global sebagai tablet pintar serba boleh yang menyasarkan pelajar universiti dan golongan profesional muda.
Peranti ini direka untuk meningkatkan pembelajaran, produktiviti mudah alih, serta hiburan pada harga mampu milik.
Dari segi prestasi, ia menggunakan cip MediaTek Helio G200 Ultimate 6 nm, bateri 8,200 mAh dengan pengecasan pantas 18 W, serta tersedia mod permainan Esports Mode.

XPAD 30 Pro hadir dengan pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti Snap for Answers yang membantu pelajar menyelesaikan kerja rumah langkah demi langkah, manakala AI Screen Recognition membolehkan carian segera dengan gerak isyarat.
Selain itu, AI Notes menukar tulisan tangan dan lakaran kepada nota digital, serta Translation Assistant dan AI Scan to Document memudahkan terjemahan dan pengurusan dokumen.
Dari segi produktiviti, tablet ini menyokong ekosistem rentas peranti dengan Desktop Expansion dan Three-Screen Workflow.
Ia turut menawarkan akses kepada lebih 140,000 sumber pendidikan percuma.

XPAD 30 Pro yang menjalankan XOS 16 berasaskan Android 16 menawarkan Extended RAM sehingga 16 GB dan storan 256 GB, serta menyokong pengembangan storan menerusi slot kad microSD sehingga 2 TB.
Dengan harga bermula AS$196 (~RM792) sahaja, Infinix XPAD 30 Pro yang tersedia dalam pilihan warna Twilight Purple, Anthracite Grey dan Titanium Silver, menawarkan gabungan AI, hiburan dan prestasi untuk generasi muda.
{suggest}
Infinix XPAD 30 Pro, Tablet Android Mampu Milik Terbaru Hanya Dari ~RM792 WISER.MY.