“Kau Ingat Melodi Ke?” – Tanya Soalan ‘Panas’, Netizen Dakwa Janna Nick Punca Pergaduhan Fyna & Madu

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 25 Jan 2023 03:00:38

Sebelum ini, media melaporkan berlaku pertelingkahan antara kedua isteri kepada bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran di Shah Alam.

Difahamkan, punca pergaduhan adalah kerana isteri pertama, Datin Zalini Zaini berasa tersindir dengan kenyataan isteri kedua iaitu Fyna Jebat dalam sebuah program televisyen.

Advertisement

Susulan itu, pelakon Azhar Sulaiman telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram menitip pesanan kepada pihak produksi TV3.

Mohon elakkan dari membuat sebarang lawak atau komen tentang perkahwinan fyna.

Menurutnya, perkahwinan adik kepada Ayda Jebat itu tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka bagi menjaga hati isteri pertama jurulatih berkenaan yang juga merupakan anak saudaranya.

You all kena jaga hati dan perasaan Datin Zalini Zaini… who is also my niece.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam oleh Azhar namun dimuat naik semula oleh pelakon, Datuk Fizz Fairuz.

Meninjau di ruangan komen, pengacara rancangan Famili Duo iaitu Janna Nick telah meminta hantaran tersebut untuk dipadam kerana turut memaparkan dirinya.

Malah, pengacara berusia 27 tahun itu turut memohon maaf kerana tidak sensitif tentang perkara yang dia tidak tahu menahu atau diberitahu pada awalya.

Namun, rata-rata netizen telah mendakwa Janna merupakan punca pergaduhan antara Fyna dan Datin Zalini tercetus.

Hal ini kerana, ramai yang berpendapat bahawa sebagai pengacara dia tidak sepatutnya bertanyakan soalan mengenai hal peribadi atau rumah tangga di dalam rancangan nyanyian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

"Banyak Hati Yang Harus Dijaga" - Ayda Jebat Tak Nak Komen Isu Adik Bergaduh Dengan Madu

“Kau Ingat Melodi Ke?” – Tanya Soalan ‘Panas’, Netizen Dakwa Janna Nick Punca Pergaduhan Fyna & Madu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts