(FOTO) “Ingat Milan, Rupanya Kedah” – Model ‘Fashion Show’ Tak Bercoli, Tayang Dada Tersembul Di KFW22

by Oh! Semput


67
SHARES
870
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 06:31:31

Acara Minggu Fesyen Kedah 2022 ataupun Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) yang diadakan pada minggu lalu sememangnya gamat dengan kehadiran pereka fesyen berbakat dan juga artis-artis popular yang tampil bagi memeriahkan majlis.

Masih lagi diperkatakan netizen di media sosial, tular pula apabila satu foto memaparkan seorang individu hadir ke acara itu dengan berpakaian menjolok mata.

Advertisement

Tak masuk angin ke nanti perut tu? pic.twitter.com/2cjniN3ezB

— Mohd Anuar (@mohdxanuar) August 9, 2022

Mengenakan busana sut formal berona hijau, individu itu juga dilihat tidak mengenakan sebarang pakaian dalam sehingga menampakan separuh bahagian dadanya.

Berikutan itu, netizen mula bercakap-cakap tentang siapakah gerangannya individu itu yang cukup ‘berani’ mengenakan pakaian sebegitu rupa.

Ada juga netizen yang merasakan individu itu sebenarnya seorang lelaki yang menyerupai wanita kerana sosok tubuhnya dikatakan ‘lain’ daripada wanita tulen.

Tengok gaya macam pondan Sajat ja pun. – netizen

Malah, ada juga yang terkejut dengan gaya fesyen selebriti dan tetamu yang hadir kerana beranggapan bahawa acara tersebut diadakan di luar negara tetapi ia hanyalah acara yang diadakan di Alor Setar, Kedah.

KFW22 : Twitter  

Sekadar info, antara jenama fesyen yang mengambil bahagian dalam acara itu adalah seperti Carl Rino, Swarovski, Steve Madden dan banyak lagi.

Manakala hasil semakan pula mendapati pihak penganjur acara berkenaan tidak memohon sebarang permit malah tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati othman berkata pihaknya akan mengambil tindakan di mana mereka akan memanggil penganjur KFW2022 untuk memberi penjelasan tentang acara dan penampilan menjolok mata model berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

kelantan
1 hari lalu

"Budaya 'Menggelar' Sangat Kuat"- Enggan Lagi Pulang Kerana Dihina, Lelaki Kongsi Pengalaman Hidup Di Kelantan

(FOTO) “Ingat Milan, Rupanya Kedah” – Model ‘Fashion Show’ Tak Bercoli, Tayang Dada Tersembul Di KFW22 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts