Inilah hero adik Ainul Mardhiah…

by Oh! Semput


HOME Posted on 26 May 2019 23:00:10


Adik Ainul Mardhiah yang menghidap Germ Cell Tumor telah pun selamat tiba di United Kingdom bagi mendapatkan rawatan daripada kumpulan doktor pakar di sana.

Penerbangan yang mengambil masa 14 jam itu telah ditemani oleh dua orang doktor yang ditugaskan khas untuk mengiringi dan memantau kesihatan Ainul sepanjang tempoh penerbangan itu.

Menerusi laman Facebook, bapa kepada bayi berusia lapan bulan itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 telah menyifatkan kedua-dua doktor ini sebagai hero kepada anaknya itu.

alt

Dua doktor hebat itu merupakan Doktor Pakar Anestetik Avisena, Datuk Dr Jaseemuddeen Abu Bakar dan Dr Guna dari Subang Jaya Medical Centre.

“Mereka berdua yang berhempas-pulas uruskan perpindahan Ainul dari Malaysia ke United Kingdom (UK).

“Tugas mereka adalah kena pastikan Ainul sihat terutama dalam kapal terbang. Ini antara hero-hero Ainul!,” katanya.

Ainul yang menaikin pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu telah selamat tiba di London bersama dengan kedua-dua ibu dan bapanya. Ketibaan mereka telah disambut oleh Dr. Amalina Che Bakri di Lapangan Terbang Heathrow.

: Sinar Harian

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...