Inilah Teleskop Paling Berkuasa Di Dunia, Resolusi Imej 4 Kali Ganda Lebih Tinggi Dari James Webb

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 19:00:16

Sebuah teleskop terbesar dan paling berkuasa pernah dibina bernama Teleskop Gergasi Magellan sedang dibina. Apabila siap nanti, teleskop itu akan mempunyai resolusi sehingga 4 kali lebih tinggi berbanding Teleskop Angkasa James Webb.

Malah resolusinya adalah 10 kali lebih tinggi berbanding Teleskop Angkasa Hubble serta 200 kali ganda lebih berkuasa berbanding teleskop penyelidikan  yang wujud ketika ini.

Kapsyen: Acuan yang digunakan bagi membuat cermin Teleskop Gergasi Magellan.

Teleskop tersebut yang dianggarkan berharga USD1 bilion (lebih RM4 bilion) untuk kos pembinannya itu kini turut menerima dana terbaru sebanyak USD205 juta (~RM913,685,000.00).

Pihak yang melaburkan dalam projek itu termasuklah beberapa organisasi antarabangsa seperti Universiti Harvard, Universiti Arizona, Institut Sains Carnegie, Universiti Texas, Austin, University Chicago dan Yayasan Penyelidikan São Paulo.

Teleskop Gergasi Magellan yang ketinggiannya bersamaan dengan bangunan 12 tingkat itu terletak di Observatori Las Campanas, di dalam kawasan Gurun Atacama, Chile.

{suggest}

Kapsyen: Visual artis memaparkan bahagian dalam bangunan yang menempatkan Teleskop Gergasi Magellan.

Teleskop Gergasi Magellan dilengkapi dengan 7 cermin terbesar dunia.

Susunan cermin utamanya dengan permukaan bersaiz 25.4 meter setiap satu terdiri daripada 7 segmen cermin berdiameter 8.4 meter seberat 18 tan metrik setiap satu.

Platfom yang akan menjadi tapak teleskop gergasi itu pula berketinggian 39 meter seberat 2,100 tan.

Bangunan yang akan menempatkan teleskop tersebut adalah setinggi 65 meter dengan kurungannya yang mampu membuat pusingan lengkap hanya selama 3 minit sahaja.

Kapsyen: Gambaran perbandingan hasil rakaman imej antara Teleskop Angksa James Webb dengan Teleskop Gergasi Magellan.

Pembinaan Teleskop Gergasi Magellan ini sudah pun bermula sejak tahun 2012 lagi.

Segmen pertama dan ke-2 cermin utamanya sudah pun siap di mana setiap satunya memerlukan masa selama 4 tahun untuk dihasilkan.

Segmen ke-3 pula sudah berada di fasa akhir ujian.

Jangka hayat Teleskop Gergasi Magellan adalah selama 50 tahun. Sepanjang tempoh operasinya itu, penambah baikan dan naik taraf akan terus dilaksanakan ke atas teleskop tersebut.

: Forbes, Peta Pixel, Giant Magellan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts