by Oh! Semput
KOTA BELUD, 18/12/2016 – Satu kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah Van jenis Nissan dan Toyota Innova berlaku dekat Taman Nikmat di sini pagi tadi.
Difahamkan van berkenaan dalam perjalanan menghala ke Kota Belud sementara Toyota Innova dalam perjalanan ke Kota Kinabalu sebelum bertembung di lokasi kejadian.
Bagaimanapun kedua-dua pemandu hanya mengalami kecederaan ringan dan telah di hantar ke hospital Kota Belud bagi mendapatkan rawatan lanjut menggunakan Jentera EMRS milik Bomba. Punca kejadian masih disiasat.
Sementara itu kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang jalan dari bulatan Lebak Moyoh hingga ke jalan Kelawat. -Suara Masyarakat Sabah
Berita selanjutnya akan dikemaskini