Insiden Langgar Lari Ini Terima Respon Pelbagai Daripada Netizen

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Oct 2019 18:02:49



Kesibukan jalan raya di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sudah menjadi rutin harian yang perlu ditempuh penduduk warga kota setiap hari.

Tular di laman Facebook video insiden yang menimpa Farish Amir, di mana beliau memuat naik rakaman dash cam yang menunjukkan beliau cuba mengelak seorang lelaki berkenderaan motosikal Kawasaki yang menyelit secara tiba-tiba di laluannya.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM

Video yang berdurasi 1 minit 19 saat itu menunjukkan bagaimana kejadian itu berlaku. Lebih memilukan apabila penunggang Kawasaki berkenaan berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian seakan melarikan diri.

Kawasaki hijau (WUB 4175)Kamu masuk lorong aku x toleh kiri kanan..main bedal je.tesungkur aku disebabkan kamu..kamu belah mcm tu je kan..kamu ingt kamu bole lepas ke..terima kasih yg tolong.trutama owner kete merah..smpai mlm tanya ok k idak.

Posted by Farish Amir on Wednesday, 9 October 2019

Kejadian ini seterusnya mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata mengecam tindakan pemilik motosikal Kawasaki tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan mahu penunggang berkenaan dikenakan tindakan.

Ada juga yang mempertahankan penunggang motorsikal Kawasaki tersebut dengan menyalahkan mangsa yang dikatakan memecut laju ketika kejadian itu berlaku.

Pada pandangan anda, siapa yang bersalah dalam hal ini? Kepada anda yang memandu kereta mahupun menunggang motosikal, sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Beberapa hari lalu, tular tentang seorang pemuda yang langgar lari kereta milik pemandu negara. Anda boleh baca tentang insiden tersebut di sini.

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Pemandu Myvi Yang Kemalangan Di Thailand Dilaporkan Tidak Mempunyai Lesen Memandu

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...