Insiden FSO Platform Sepat: Dua Jenazah Pekerja Yang Terkorban Telah Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 25 May 2026 23:31:56

KUANTAN: Dua pekerja yang maut dalam insiden di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat dekat perairan Terengganu–Kelantan semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini, hari ini.

Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid selamat dikebumikan pada 5.45 petang disusuli Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam kira-kira setengah jam kemudian.

Terdahulu, jenazah Nik Muhammad Hafifi, 38, dan Muhammad Faezuan Hakim, 28, masing-masing dibawa ke Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS dan Masjid Cenderawasih di sini untuk disolatkan.

Kedua-dua pekerja berkenaan sebelum itu dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Terengganu.

Ratusan individu terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan kenalan hadir di tanah perkuburan itu untuk memberikan penghormatan terakhir buat kedua-dua Allahyarham.

Semalam, media melaporkan dalam kejadian pada 12.50 tengah hari, tiga pekerja pelantar minyak maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.

Seorang lagi yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, manakala Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, parah dan sedang dirawat di HSNZ. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts