Insomniacks ungguli Top 5 artis popular Malaysia, terima trofi dari Spotify

by Oh! Semput


12
SHARES
156
VIEWS
Posted on 25 Jan 2023 03:30:29

Kumpulan band Insomniacks bukanlah asing dalam industri nyanyian, mana tidaknya lagu kumpulan ini sering kali menjuarai  carta di radio selama 106 minggu menerusi Pulang sehingga diangkat sebagai lagu domestik paling lama dalam carta selain banyak distrim pada tahun berkenaan.

Kumpulan dianggotai tiga jejaka berbakat besar ini, mampu kekal selesa dalam liga tersendiri dengan momentum kerjaya seni dan memilih untuk tidak menggunakan jalan pintas bagi mengecapi populariti.

Baru-baru ini, kumpulan yang ditubuhkan sejak 2015 itu telah dinobatkan sebagai artis tempatan paling banyak distrim pada tahun 2019 melalui aplikasi muzik, Spotify.

Khabar gembira itu telah diumumkan oleh kumpulan ini menerusi Instagram. Mereka telah mendapat dinobatkan sebagai Top Malaysian Artist Top 5 2022 bersempena dengan Spotify Wrapped 2022.

Terharu dengan pengiktirafan yang diterima, Insomiacks meluahkan kesyukuran dan berterima kasih kepada orang ramai terutama pengguna aplikasi penstriman muzik, Spotify kerana menyokong serta mendengar karya-karya mereka.

“Terima kasih Spotify atas anugerah dan cenderahati! Ia adalah satu tanda penghormatan apabila menerima anugerah ini.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua orang yang menstrim lagu-lagu kami di Spotify pada tahun lepas,”tulisnya.
alt

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada band Insomniacks kerana mendapat penghargaan yang pastinya menaikkan lagi kerjaya seni mereka pada masa akan datang.

alt alt alt

Dalam perkembangan lain, Insomniacks dan beberapa barisan artis hebat Tanah Air akan terlibat dalam Konsert Patah Hati yang akan berlangsung pada 15 Mac 2023 di Zepp Kuala Lumpur nanti.

Selain Insomniacks, Naim Daniel, Noh Salleh, Nastia, Ernie Zakri dan Aisha Retno turut berkongsi pentas untuk menghiburkan peminat yang pastinya menggamit memori sehingga ‘merobek hati’ penonton.

alt

Kepada mereka yang ingin dapatkan tiket Konsert Patah Hati, boleh layari laman web www.ticket2U.com. Tunggu apa lagi, jom dapat dapatkan tiket ia sebelum habis.

Untuk pengetahuan, tiket sudahpun dijual sejak 12 Januari 2023 dengan harga serendah RM170.

alt

Maklumat lanjut, sila layari media sosial rasmi Konsert Patah Hati atau hubungi Puan Ramlah di talian  012-6308047.

Jom semua kita ‘galau’ bersama! Jumpa nanti.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts