by Oh! Semput
Instagram kini mengambil langkah dalam lebih mengawal akaun-akaun janaan AI di platform mereka. Melalui peraturan baharu yang diumumkan berkuat-kuasa hari ini, Instagram memaklumkan mereka akan mula mengehadkan capaian akaun atau persona janaan AI, sekiranya ia tidak dilabelkan dengan tepat.
Dengan langkah ini, pengguna platform tersebut akan lebih mudah mengenal akaun janaan AI, dan tidak mudah tertipu dengan persona atau akaun janaan AI di platform tersebut. Ini juga akan lebih melindungi pengguna yang melayari platform tersebut berbanding kebiasaan.
Kebelakangan ini, pelbagai platform memperlihatkan ledakan bukan sahaja kandungan janaan AI, tetapi juga persona atau akaun profil watak AI turut memperlihatkan peningkatan – apatah lagi dengan kos untuknya semakin hari semakin rendah.