Instagram Stories Kini Boleh Disimpan Lebih Dari 24 Jam

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 07 Dec 2017 11:00:36

Salah satu fungsi kegemaran di Instagram adalah Stories yang membolehkan pengguna memuat naik video ataupun gambar dan ia akan lenyap dalam masa 24 jam.

Nampaknya kini, platform perkongsian gambar itu memberi sedikit perubahan kepada fungsi Stories dimana setiap perkongsian yang dibuat melaluinya boleh disimpan melebihi tempoh yang ditetapakan sebelum ini.

Dengan kemaskini terbaru, dua ciri diperkenalkan oleh Instagram iaitu Stories Archive dan Stories Highlights.

Archive menawarkan fungsi mengarkib atau menyimpan Stories secara automatik untuk tontonan anda sahaja dan anda tidak lagi perlu menyimpannya didalam telefon. Stories yang sudah diarkibkan hanya boleh ditonton anda seorang sahaja.

Menerusi ciri Highlights, anda boleh mengumpulkan sejumlah Stories dan membolehkan pengikut yang lain menontonnya.

Ciri Highlights boleh diasingkan mengikut kategori ciptaan anda, menjadikannya lebih mudah ditonton pengikut. Untuk mencipta Stories Highlights, pergi ke bulatan “New” dan pilih mana-mana Stories dari arkib. Ia akan kekal sehinggalah pengguna memadamkannya sendiri.

: Instagram

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts