Internet Melalui Satelit, Starlink Kini Tersedia Untuk 32 Negara

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 13 May 2022 19:00:14

Starlink, syarikat milik Elon Musk memaklumkan bahawa perkhidmatan internet melalui satelit mereka kini tersedia untuk 32 negara seluruh dunia.

Antara negara yang menerimanya ialah Australia, New Zealand, Jerman dan yang lain-lain di benua Eropah, Amerika Utara dan Selatan.

Negara-negara seperti di benua Afrika dan Asia termasuk Malaysia dikatakan akan mula menerima perkhidmatan internet satelit Starlink seawal 2023.

Awal tahun ini, hanya 25 negara yang tersedia dengan perkhidmatan Starlink ini. Soal harga, ia mengenakan caj sebanyak $599 (~RM2643) untuk kit permulaan dengan caj bulanan $110 (~RM483).

Anda boleh lihat ketersediaannya untuk setiap negara melalui peta di laman web Starlink.

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Popular Posts