by Oh! Semput
Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah selesai memberikan keterangan selama hampir empat jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Beliau tiba pada jam 8.46 pagi dan keluar dari bangunan SPRM pada jam 12.30 tengah hari dengan menaiki kereta berwarna hitam, diiringi polis.
Ismail Sabri melambai kepada media sebelum meninggalkan tempat kejadian. Beliau dijangka akan kembali ke SPRM pada jam 3.30 petang untuk meneruskan keterangan selepas menunaikan solat Jumaat.
Rakaman keterangan ini dibuat berikutan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan beliau. Sebelum ini, Ismail Sabri tidak dapat hadir pada 5 Mac lalu kerana masalah kesihatan.
SPRM sebelum ini mendedahkan penemuan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan jongkong emas di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, yang dipercayai digunakan sebagai ‘safehouse’ oleh pembantu bekas Perdana Menteri tersebut.
Ismail Sabri keluar dari pejabat SPRM, sambung keterangan selepas solat jumaat. #1 The News Malaysia.