Isman Hijjaz nafi akan nikahi Ina Naim -“Demi Allah, saya tak tahu”

by Oh! Semput


15
SHARES
191
VIEWS
Posted on 14 Oct 2024 14:00:42

Penyanyi nasyid, Isman Hijjaz nafi akan nikahi Ina Naim apabila namanya tiba-tiba sahaja dipetik susulan khabar angin mengatakan balu kepada allahyarham Suhaimi Saad itu bakal berkahwin dengan seorang penyanyi.

Isman Hijjaz nafi dakwaan tersebut, pelik nama dikaitkan tiba2

Menerusi laporan dari Harian Metro, Isman  Nadim Isam menyatakan yang dia sama sekali tidak tahu tentang berita tersebut dan akui pelik tiba-tiba sahaja namanya ‘dipetik’ sebagai lelaki yang bakal menikahi Ina.

“Demi Allah, saya tak tahu (Ina akan kahwin). Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan,” katanya.

Isman Hijjaz nafi

Isman Hijjaz nafi khabar angin, tak ada kena mengena dengan berita perkahwinan

Ujar Isman lagi, dia sangat terkejut dengan khabar angin berkenaan dan menegaskan tiada kena mengena dengan sebarang perkahwinan.

Dia yang telah menganggap Ina sebagai adik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut walaupun mengakui menjalinkan hubungan baik terhadap wanita tersebut.

“Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena-mengena dengan saya (cerita perkahwinan). Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini yang tiba-tiba nama saya disebutkan.
“Memanglah saya baik dengan Ina, tak dinafikan. Saya baik bukan saja dengan Ina seorang, tetapi rapat juga dengan kedua-dua ibu bapanya juga. Malah, keluarga saya sendiri pun baik dengan Ina.
Tapi baiknya saya dengan Ina, janganlah sampai nak kaitkan saya dengan perkahwinan bersamanya. Malah, kalau kata kad kahwin sudah diedarkan, mestilah tahu juga nama bakal pengantin lelaki dan tarikh majlis berlangsung,” jelasnya.

alt

Artikel lain: Dah edar kad jemputan? Ina Naim nafi bakal kahwin dengan artis

Isman Hijjaz nafi dakwaan, anggap dakwaan tersebut kurang manis

Tambah ahli kumpulan Hijjaz itu lagi, khabar angin mengatakan bahawa kad undangan perkahwinan telah diedar dilihat kurang manis memandangkan Ina Naim adalah seorang balu dan Suhaimi juga baru sahaja beberapa bulan meninggal dunia.

alt

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan kad undangan perkahwinan dikaitkan dengan Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim telah diedarkan di kampung kelahirannya di  Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Walau bagaimanapun, dia menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan mana ada artis yang mahu akan dirinya kerana mempunyai anak yang ramai.

Sekadar info, telah mendirikan rumah tangga dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Pada November 2023, allahyrham Suhaimi yang merupakan bekas penyanyi kumpulan In-Team telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan beberapa komplikasi.

: Harian Metro (Norhayati Nordin)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts