Israel dikutuk kerana tutup Masjid al-Aqsa

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 18 Jul 2017 00:00:19

KUALA LUMPUR: Yayasan Keamanan Global Perdana hari ini mengutuk tindakan terbaru Israel yang menutup Masjid al-Aqsa selama dua hari berturut-turut termasuk melarang azan dan solat Jumaat di masjid itu minggu lepas.

Dalam kenyataan di sini, yayasan itu turut meminta kerajaan Malaysia supaya mengambil pendirian yang tegas dan berani bagi menghalang Israel daripada terus mencemar kesucian Masjid al-Aqsa dan melanggar undang-undang antarabangsa.

"Kami mengingatkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bahawa penubuhannya adalah sebagai tindak balas terhadap pembakaran Masjid al-Aqsa pada tahun 1969, justeru OIC perlu ambil pendirian yang lebih aktif dan tegas terhadap apa yang berlaku di masjid tersebut," kata kenyataan itu.

Yayasan itu juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), majlis dan jabatan agama Islam supaya menjadikan Jumaat ini (21 Julai) sebagai hari perpaduan bersama al-Aqsa dan menyediakan khutbah khas untuk solat Jumaat.

Jumaat lalu, tiga pemuda Palestin terkorban di pekarangan Masjid al-Aqsa selepas ditembak mati oleh Israel bagi menghalang kemasukan mereka ke masjid berkenaan.

Israel kemudian melanjutkan penutupan masjid itu sehingga Sabtu – satu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

- BERNAMA/ur

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts