Isteri Cantik Tapi Suami Biasa-Biasa Saja, Namun Hubungan Tetap Utuh & Setia, Ini Rahsianya…

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 28 Jan 2020 18:02:25

Wow, isteri cantik tapi tengok suami dia biasa-biasa je kan? Itulah dinamakan jodoh.

Biasa tak anda dengar seperti dialog di atas terutama bila menghadiri majlis perkahwinan. Wajah kedua-dua raja sehari mestilah ditunggu-tunggu oleh para jemputan untuk menyaksikan kegemilangan si pengantin.

Misalnya nak tengok kejelitaan pengantin perempuan dan betapa kacaknya pengantin lelaki.

Kemudian mesti ada yang cakap wah, lawanya pengantin perempuan tapi yang lelaki itu biasa saja. Apa yang special ada pada dia?

Hal ini kerana,ramai wanita cantik tidak memandang pada paras rupa sebagai kriteria untuk memilih pasangan hidup. Pendek kata cukuplah sekadar sedap mata memandang dan mencintainya sepenuh hati. Itu sudah cukup membahagiakan.

Isteri cantik tapi suami biasa-biasa

isteri cantik suami biasa-biasa

Sebenarya ada beberapa faktor yang mendorong wanita cantik memilih lelaki yang rupa paras biasa-biasa saja.

Memanglah kadang-kadang lelaki kacak membuatkan mata rasa nak menjeling ke arahnya tapi bila dah serius nak bina rumah tangga rupa paras bukanlah segalanya.

Tapi, persoalannya di sini kenapa wanita cantik cenderung untuk berada di sisi lelaki yang kurang kacak?

Menurut kajian, pasangan di mana isterinya cantik atau memiliki rupa paras yang menawan berbanding suami berpotensi mempunyai hubungan yang lebih harmoni dan saling menyokong pasangan masing-masing.

Berikut adalah beberapa sebabnya :

#1. Isteri cantik suka pasangan yang selalu menyokong

Kumpulan pengkaji McNulty telah melakukan beberapa kajian terhadap 82 pasangan yang telah berkawin hampir tiga tahun. Rata-rata mereka berumur dalam pertengahan 20 an.

Kemudian, pengkaji merakam sesi perbincangan mereka untuk mengatasi permasalahan selama 10 minit.

Rakaman video itu dianalisa oleh pakar dan mendapati wanita yang bersuamikan lelaki kurang hensem lebih supportive  berbanding mereka yang kacak.

#2. Hubungan lebih harmoni bila memiliki isteri cantik

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh seorang profesor bernama Prof Ariely dari Institusi Pengajian Tinggi, lelaki sangat sensitif dengan tarikan wanita. Sementara orang perempuan pula lebih sensitif terhadap ketinggian
lelaki dan poket mereka.

Ini kerana, suami yang kurang kacak atau tak menarik berbanding isterinya yang cantik berasa takut jika kehilangan isteri mereka sekaligus akan mencuba sehabis daya untuk mengekalkan hubungan dan perkahwinan itu.

#3. Lelaki kacak suka main kayu tiga

isteri lawa

Bagi lelaki yang kacak pula, mereka cenderung untuk bermain kayu tiga kerana belum puas dengan hubungan yang sedia ada.

Biarpun isteri cantik tapi mereka tetap memandang perempuan lain yang lebih cantik lagi.

Sebab itu, lelaki kurang kacak lebih pandai menghargai pasangan mereka yang tercinta.

Walaubagaimanapun, rupa paras suami bukanlah perkara penting bagi seorang wanita bahkan perempuan lebih inginkan suami yang baik dan bijak menjaga hati serta perasannya.

Biarlah rupa tak ada asalkan tahu menjaga hati isterinya dan menerima apa saja kekurangan pasangan mereka.

Tak hairanlah rupa suami hensem atau tidak asalkan kalian bijak menangani setiap masalah yang timbul dalam rumah tangga dan pastinya hubungan itu akan kekal bahagia hingga ke syurga.

Meskipun itu, kalau ada masalah dan sukar mencari jalan penyelesaian, jadikanlah perceraian sebagai jalan terakhir tanpa ada sebarang pergaduhan, penghinaan, cacian dan sebagainya. Titikkan noktah terakhir hubungan dengan
cara yang terbaik ya.

Kesimpulannya, jangan sibuk pertikaikan kenapa isteri cantik selalu dapat suami biasa-biasa je.

Pokok pangkalnya lelaki jenis biasa-biasa inilah yang lebih pandai menghargai wanita, sebab itu isteri sentiasa makin sayang.

Tips kebahagiaan dalam perkahwinan

isteri jelita

– Jangan lokek untuk memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.

– Suami isteri kena sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka.

– Penuhi segala hajat isteri sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka.

– Anggap pasangan seperti diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati dan dikasihi.

– Selalu bantu isteri membuat kerja-kerja rumah.

– Sentiasa ingat tarikh penting seperti hari ulang tahun kelahiran isteri, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Isteri Cantik Tapi Suami Biasa-Biasa Saja, Namun Hubungan Tetap Utuh & Setia, Ini Rahsianya...

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

: Pesona Pengantin

Kredit gambar: Wedpedia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

6 benda suami isteri harus buat lepas hubungan intim, barulah rumah tangga makin bahagia!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts