Isteri Hafidz Roshdi Hamil Anak Sulung

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 26 Dec 2016 08:00:11

TAHNIAH… Pelakon, Hafidz Roshdi mengesahkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sedang mengandung anak pertama mereka selepas berkahwin kira-kira lapan bulan lalu.

Media tempatan melaporkan, Hafidz bagaimanapun enggan menghebohkan berita gembira tersebut kerana masih belum memperolehi pengesahan daripada doktor.

Jelas pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, isterinya sudah menunjukkan tanda-tanda seperti sedang berbadan dua seperti mual dan muntah-muntah.

“Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan isteri sekarang,” katanya.

Isteri Hafidz Rosdi Hamil Anak Sulung

Baru-baru ini, Hafidz memuat naik sekeping gambar dia bersama isteri dan seorang kanak-kanak di laman Instagramnya dengan kapsyen “Practice jaga Haseef, nanti kitaorang pula inshallah”.

Perkongsian Hafidz itu seolah-olah memberi gambaran isterinya sedang hamil namun ketika itu tiada penjelasan yang dibuat. -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts