“Tak rasa isteri kuat terima maki hamun semua ni.” -Bapa budak disuap vape

by Oh! Semput


HOME Posted on 04 May 2021 18:31:39



Sejak pagi tadi , tular di media sosial berkenaan satu video seorang bayi disuap vape yang diberikan oleh orang tuanya.

Menerusi video yang diperoleh daripada Twitter pedoqpop, seorang wanita telah memuat naik video anak kecilnya diberikan vape di IG story sehingga mendapat kecaman daripada orang ramai.

pic.twitter.com/nWJXs1Osqf

— Pedoq what is this behaviour? (@pedoqpop) May 3, 2021

Pelbagai maki hamun telah diterima sehingga bapa kanak-kanak tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar dengan memaklumkan mereka sekadar  bergurau sahaja.

Dia juga memohon maaf diatas kesilapannya mendidik anak sehingga dikecam hebat netizen.

alt

Dalam pada itu, bapa muda terbabit juga meminta orang ramai tidak terus mengecam isterinya kerana sedar bahawa wanita itu tidak kuat menerima sebarang maki hamun daripada netizen.

alt

Selain daripada itu, menerusi Facebook  Ryan NasT’Anger, laporan polis telah dibuat oleh seseorang dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.

alt

Walau bagaimanapun, diruangan Facebook bapa kanak-kanak berkenaan, kecaman-kecaman daripada netizen masih lagi diterima.

Masing-masing berasa geram melihat video tersebut dan sikap ibu bapa yang menjadikan hal berkenaan satu gurauan serta dengan sengaja memuat naiknya di media sosial.

alt

alt

alt

Setakat ini belum ada sebarang maklum balas dari pihak polis dan pihak yang melaporkan. Semoga kejadian seperti ini menjadi ikhtibar kepada ibu bapa dalam bergurau dengan anak-anak lebih-lebih lagi jika ia dimuat naik ke media sosial.

: Ryan NasT’Anger, Facebook 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News