save 2.0

Isteri Teruja Dapat Hadiah Gold Bar Dari Suami, Rupa-Rupanya Kiub Pati Ayam…Lucu!

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 Feb 2021 18:01:11



Isteri manalah yang tak suka dengan hadiah-hadiah pemberian oleh cik suami kan? Tambah pula kalau hadiah yang diberikan adalah barang yang disukai oleh si isteri, makin berbunga-bungalah hati.

Sudah namanya wanita, mestilah amat sinonim dengan barang kemas. Jadi kalau suami bagi hadiah berupa barang kemas, boleh melompat bintang gamaknya!

Tular di media sosial baru-baru ini tentang seorang isteri yang menerima hadiah kononnya ‘gold bar’ daripada suaminya. Sekali pandang memang nampak memang mengagumkan tapi rupa-rupanya…

INGATKAN GOLD BAR, RUPANYA….

Terkejut si isteri pagi-pagi dapat kotak merah berisi gold bar.Bila suami faham benar dengan minat dan citarasa isterinya tq cik somi …i lap you tau. Amboii..pandai noo, buat lawak kat cheq..

“SAYA PUN DAPAT SEBALANG”

Bukan itu sahaja, perkongsian ini sudah semestinya mendapat pelbagai respon dari warganet apabila ramai yang ‘tag’ pasangan masing-masing. Ada juga yang dapat ‘hadiah’ yang sama!

*Ada yang nak cuba bagi hadiah macam ini ke isteri tak?

: Junariah Ab Rahman

Items:
tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News