8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 23 Apr 2024 23:31:04

Duduk dalam masyarakat majmuk yang mampu menguasai beberapa jenis bahasa, kita kadangkala tidak sedar ada istilah yang kerap kita sebut berasal daripada Jerman.

Terkenal sebagai antara negara berteknologi tinggi serta mempunyai sejarah yang penuh dengan pahit maung, ramai juga anak watan kita berpeluang melanjutkan pendidikan ke Jerman khususnya melalui program usahasama yang dijalankan dengan institusi pendidikan di sini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk kumpulan pelajar seperti ini, memang ada keperluan mereka mahir berkomunikasi Jerman sebelum dihantar terbang. Untuk kita, cukuplah kita mahir dan menguasai 8 istilah Jerman yang mungkin sedar tak sedar kita ucapkannya hari-hari.

1. Hamster

Tahukah anda, 'hamster' sebenarnya diambil daripada istilah asal Jerman?

Dicedok tanpa sebarang perubahan ke dalam bahasa Inggeris, istilah asalnya ditulis sebagai hamastra dalam bahasa tinggi Jerman lama sebelum dipermudahkan ke dalam versi sekarang.

2. Zig-zag

Sebut zigzag atau zig-zag. kita semua tahu istilah itu merujuk kepada bentuk geometri berbucu tajam yang berulang-ulang.

Asal istilah ini adalah daripada istilah Jerman zickzack yang membawa makna 'berbucu tajam.' Nak tahu apa istilah zigzag dalam bahasa Melayu? Zigzag.

Alternatifnya adalah siku-sika.

3. Noodle

Dalam aspek kajian bahasa, penyelidik bersetuju noodle datang daripada istilah Jerman 'nudel' yang membawa makna adunan tepung dibentuk mengurai.

Belum diketahui dari mana datangnya istilah ini. Ada pendapat mengatakan istilah ini pinjaman dari bahasa Latin, ada juga yang berpendapat istilah ini memang 100% Jerman asli.

4. Angst

Angst yang mempunyai makna 'perasaan gemuruh,' bukanlah istilah Inggeris asli.

Sebaliknya istilah ini adalah pinjaman bahasa Jerman yang boleh dikatakan baru dicedok. Dalam tahun 1944, istilah angst dimasukkan ke dalam kosa kata Inggeris secara rasmi, mengekalkan makna asalnya dan ejaan asalnya dari bahasa Jerman.

Dalam sistem penulisan Jerman lama, angst dieja sebagai angustu sebelum dikemaskinikan.

5. Wanderlust

Pernah dengar perkataan ini?

Istilah ini popular di kalangan rakyat Malaysia yang kaki melancong. Wanderlust bermakna perasaan seseorang yang kuat mencari pengembaraan di tempat yang baru.

Wanderlust adalah gabungan dua perkataan Jerman iaitu wander yang membawa makna berjalan dan lust yang bermaksud keinginan.

6. Zeitgeist

Bagi pengikut perbincangan politik, anda tentu pernah menemui istilah ini digunakan dalam perkongsian ramai individu.

Ini kerana zeitgeist merupakan istilah pinjaman Jerman ke dalam bahasa Inggeris merujuk kepada 'ideologi yang popular dipegang atau diamal dalam sesuatu era.'

Dalam bahasa Melayu, terjemahan popular zeitgeist ialah 'semangat zaman.' Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mencadangkan terjemahan 'pandangan hidup.'

7. Iceberg

Sama ada anda berbicara berkenaan tragedi yang menimpa kapal gergasi Titanic atau jenis kobis yang biasanya dibuat salad, iceberg adalah istilah yang akan sebutkan.

Iceberg bukan istilah Inggeris asli, sebaliknya gabungan dua istilah berbeza daripada dua bahasa berbeza. Ice adalah pinjaman daripada istilah Jerman lama is merujuk kepada air dalam bentuk pepejal yang beku.

Sementara berg pula datang daripada istilah Proto Hindu Eropah bhergh yang membawa makna 'gunung, bukit atau tanah tinggi.'

8. Kindergarten

DI antara semua istilah Jerman yang kita amalkan, kindergarten mungkin istilah paling popular bagi golongan ibu di Malaysia.

Cuma pastikan sebutannya betul ya! KindergarTen bukan kindergarDen.

Ini kerana ejaannya yang dipinjam daripada bahasa Jerman mengekalkan cara sebutannya, walaupun secara teknikalnya garten itu membawa makna 'taman.' Kinder pula? Kanak-kanak.

Jadi kinder+garten adalah taman kanak-kanak. Bagaimana pula dengan Kinder Joy?

Walaupun kita dah tahu sekarang maknanya mewakili 'kegembiraan kanak-kanak', kita semua tahu makna sebenarnya merujuk kepada kesedihan ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja untuk sedikit coklat dan mainan kecil yang sekejap aje hilang entah ke mana.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts