Izara Aishah kongsi tips istiqamah berhijab – “Pakai je, lama2 akan kuat”

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 27 Mar 2023 07:00:26

Pelakon Izara Aishah tampil berkongsi kisah dirinya untuk kekal istiqamah berhijab meskipun berdepan dengan banyak dugaan di sepanjang perhijrahannya.

Menerusi hantaran dikongsikan, terdapat individu bertanya tips berkenaan kepada pemilik nama Nik Izara Aishah Nik Izazurin keran risau tidak kuat untuk berubah ke arah kebaikan.

Dalam video berkenaan, aktres berusia 30 tahun itu mengakui bahawa iman manusia ada turun dan naik, namun sekiranya berpaksikan pada niat yang betul semuanya akan dipermudahkan.

Tambah Izara, tidak menjadi kesalahan sekiranya seseorang yang masih belum kuat imannya untuk berhijab.

“Takpe tak kuat, pakai je tudung. Kalau nak buka, bukalah,”ujarnya.

Katanya lagi, suatu hari nanti mereka pasti akan berhijab dengan sempurna meskipun pada awalnya terpaksa berperang dengan diri sendiri.

“Memang iman kita naik turun, lama-lama dia akan rasa kuat. Akan rasa sendiri yang kita nak menutup aurat,”ujarnya lagi.

Bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 turut meluahkan rasa syukur dengan kurniaan rezeki kepadanya selepas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

“Izara semenjak pakai tudung, Izara punya rezeki.. tak tahu nak cakap macam mana,”luahnya.

Pelakon drama Cinta Masam Manis turut berkongsi keputusan dirinya untuk menutup aurat dengan sempurna selepas terbaca satu ayat dalam kitab suci Al-Quran tentang suruhan-Nya.

Dalam pada itu, Izara yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan dirinya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang beragama namun hidup dalam serba moden.

@user637484748

cantik nya Izara, soft spoken MashaAllah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts