Jabatan Pendidikan Perlis terus bantu pelajar mangsa rogol

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2018 15:05:16


MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

14 September 2018 4:47 PM

KANGAR - Jabatan Pendidikan Perlis akan terus memberi sokongan moral dan kaunseling kepada seorang pelajar perempuan tahun empat yang disyaki menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki di Arau dekat sini dalam kejadian pada awal bulan ini.

Pengarahnya, Izmi Ismail berkata, kejadian itu telah menjadi kes polis dan pihaknya tidak ingin menganggu siasatan.

"Kami akan terus memberikan bantuan dan khidmat kaunseling berterusan kepada murid berusia 10 tahun itu termasuk persekolahannya kelak.

"Kejadian ini amat mengejutkan dan berlaku di luar waktu persekolahan," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online melaporkan semalam, seorang pelajar tahun empat disyaki menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bersatu, Arau, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa yang berusia 10 tahun telah dirogol oleh empat suspek lelaki yang berusia 15 hingga 20 tahun.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan reman kesemua suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News