Isu kuil di Jalan Masjid India: R Ramanan minta henti ‘tunggang’ sentimen kaum & agama

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 20 Mar 2025 10:30:49

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan minta henti menunggang sentimen kaum dan agama berkaitan isu melibatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India.

R Ramanan minta henti

R Ramanan minta henti tunggang isu, termasuk orang politik

Memetik laporan dari Astro Awani, pesanan tersebut bukan sahaja ditujukan kepada orang ramai, bahkan kepada ahli poltik juga.

“Tengok komen-komen bukan saja daripada masyarakat biasa. Pemimpin politik pun sama. Jangan tunggang isu agama, isu perkauman. Everything is being racially motivated (Semuanya bermotif politik),”katanya.

alt

R Ramanan minta henti tunggang isu, minta hati2 guna perkataan

Menurut beliau, setiap pihak harus lebih berhati-hati dalam penggunaan kata-kata yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana komuniti.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan merobohkan kuil berkenaan, sebaliknya beberapa pilihan sedang dipertimbangkan.

“Saya nak bagi jaminan dekat sini. Kerajaan tidak akan merobohkan kuil. Memang kami sudah ada beberapa pilihan, tetapi pilihan itu DBKL akan bincang dengan pihak kuil,” katanya.

R Ramanan minta henti

Artikel lain: DBKL jamin Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman tidak diroboh, pemindahan dibuat secara adil

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut memberi jaminan bahawa tiada sebarang aktiviti perobohan akan dilakukan terhadap struktur kuil tersebut.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, kuil berkenaan masih boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.

Tambahnya lagi, setiap tindakan yang diambil adalah selaras dengan prinsip kebebasan beragama seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

: Astro Awani (Shafiqa Azami)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts