by Oh! Semput
Kesesakan jalan raya adalah satu masalah yang kerap dihadapi dalam masyarakat moden seiring dengan kemajuan teknologi pengangkutan.
Di Malaysia, kesesakan jalan sering terjadi di kota-kota besar, terutamanya semasa waktu berangkat dan pulang dari tempat kerja.
Namun, bayangkan jika anda terperangkap dalam kesesakan yang teruk seperti yang ingin kami kongsikan kali ini.
China dikenali sebagai negara pengeluar kenderaan terbesar di dunia dengan jumlah penduduknya yang melebihi 1 bilion, menjadikan mereka pemilik kenderaan peribadi terbanyak di dunia.
Pada 14 Ogos 2010, sebuah kesesakan lalu lintas yang luar biasa berlaku di Beijing. Kesesakan tersebut melibatkan lebih daripada 100 kilometer laluan jalan raya dengan ribuan kenderaan terperangkap di dalamnya selama 12 hari berturut-turut.
Setiap hari, kenderaan hanya bergerak sejauh tidak sampai 1 kilometer.
Antara punca kesesakan lalu lintas yang teruk itu adalah kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang berlangsung di lebuhraya yang menghubungkan Beijing dan Tibet.
Kehadiran besar-besaran kenderaan logistik seperti lori dan treler turut menyumbang sehingga 50 peratus laluan lebuhraya.
Peningkatan besar dalam pengangkutan arang batu dari Mongolia ke Beijing turut dikenalpasti sebagai punca utama.
Jumlah pengangkutan arang batu melalui lebuhraya tersebut meningkat secara ketara, menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang teruk.
Pihak berkuasa di China mengambil langkah tegas untuk menangani krisis kesesakan lalu lintas ini.
Mereka mengarahkan syarikat arang batu menangguhkan operasi pada waktu pagi, manakala kenderaan logistik hanya dibenarkan memasuki Beijing pada waktu malam atau selepas trafik berkurangan.
Walau bagaimanapun, situasi kesesakan ini turut membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat, walaupun terdapat beberapa individu yang mengambil kesempatan dengan menjual makanan dan minuman pada harga yang tinggi, menyebabkan beberapa pemandu terpaksa berlapar kerana harga makanan yang mahal.