KPT jalin kerjasama dengan Turkiye, tingkat kepakaran aeroangkasa

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 26 May 2023 10:30:47

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan kongsi seperti Malaysia Industri-Government Group for High Technology (MIGHT), Turkish Aeroscape (TUSAS) Akademi (Turkiye), TUSAS Malaysia dan Konsortium Universiti Malaysia (CMU).

Kerjasama ini adalah bagi mencari, mencungkil dan mengetengahkan bakat serta kepakaran para penutut Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dalam industri aeroangkasa bagi meningkatkan kebolehpasaran pelapis harapan negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dia berharap dengan jalinan kerjasama ini dapat meningkatkan mutu pendidikan negara dalam mempromosikan sektor industri-akademik dalam bidang aeroangkasa.

“Program pembangunan bakat yang tersusun dengan baik seperti ini adalah penting utuk kemampan industri aeroangkasa.
“Ia memastikan industri (tenaga pakar tempatan) mempunyai bekalan berterusan, profesional, mahir dan bakat,”ujarnya.

alt

Beliau berkata demikian ketika hadir ke majlis pelancaran Program Pembangunan Bakat Antara CMU, TUSAS Malaysia dan TUSAS Akademi (Turkiye) di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2023) pada Rabu.

Tambah beliau, bekalan profesional dan bakat dalam industri tersebut adalah penting bagi memastikan negara mampu membuat reka bentuk, membina dan menyelenggara pesawat, khususnya generasi akan datang.

“Ini amat penting kerana industri menghadapi persaingan yang semakin meningkat daripada sektor dan negara lain untuk mengumpul bakat yang sama,”ujarnya lagi.
alt

Gambar (dari kiri): Presiden dan CEO MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel, Pengerusi Bersama (Kerajaan) MIGHT, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid, Naib Presiden Eksekutif (Sistem Angkasa) Turkish Aerospace (TUSAS), Prof. Dr. Selman Nas.

Bukan itu sahaja, ahli akademik serta pemain industri boleh memanfaatkan kepakaran dan pengalaman masing-masing dalam pengetahuan khusus mengenai pendedahan dan penguasaan kemajuan teknolgi, peralatan, sumber dan kemudahan terkini.

Perkongsian ilmu baik secara akademik mahupun pengetahuan bersifat teorotikal juga dapat meluaskan pemikiran mengenai proses reka bentuk pesawat.

alt

Dalam pada itu, Khaled Nordin juga mengatakan ia adalah platform terbaik buat para penuntut untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang aeroangkasa baik di peringkat tempatan mahupun negara luar.

Khaled berkata, kerjasama ini turut menyediakan beberapa pertandingan yang boleh disertai oleh mereka yang berminat dalam bidang berkaitan bagi mencungkil bakat dan meluaskan pengetahuan.

“Saya percaya bahawa melalui perkongsian sedemikian, ia akan membentuk asas praktikal untuk penyelidikan dan inovasi yang strategik dan kompleks.
“Bagi saya, ia adalah satu program menarik. Ia membolehkan pelajar mempamerkan bakat dan kebolehan mereka, memupuk daya saing dan kerjasama yang sihat.
“Ia juga merupakan peluang terbaik untuk pelajar mempamerkan kemahiran mereka untuk disumbangkan kepada pembanguan bidang yang sedang berkembang pesat ini,”kata beliau.

alt

Khaled turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat bagi membantu meningkatkan mutu pendidikan negara terutama dalam bidang teknologi penerbangan.

Malah, beliau mewakili suara KPT sentiasa mengalu-alukan inisiatif dan kerjasama seperti ini dalam memacu kecemerlangan anak bangsa.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts