Loji Janakuasa Solar Di China Kelihatan Seperti Panda Dari Udara

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 07 Jul 2017 07:43:32

China sedang serius dalam membangunkan loji janakuasa solar. Ini dilakukan bagi mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh stesen janakuasa arang batu sedia ada. Loji janakuasa milik Panda Green Energy terletak di Shanxi adalah unik kerana ia kelihatan seperti seekor panda dari udara.

“Lukisan” panda dihasilkan dengan menggunakan panel solar silikon monokristal berwarna hitam dan putih. Rekaan ini dipilih bagi menimbulkan minat orang ramai terhadap sumber tenaga lestari dan sesuai dengan nama syarikat mereka. Ini ialah fasa pertama loji janakuasa yang akan menjana sebanyak 3.2 billion kWh tenaga menjelang 2025.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts