Jangan anggap aksi ‘gila’ Jamal mewakili parti, kata Umno PP

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 07 Dec 2017 12:01:53

 | December 7, 2017
Ketua Umno Permatang Pauh berkata tindak tanduk Jamal Yunos perlu dianggap sebagai pendirian individu.
Mohd-Zaidi-Said-jamal-yunos 
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Permatang Pauh hari ini mempersoalkan tindak tanduk rakan sejawatnya dari Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, sambil menggesa pimpinan tidak menanggap beliau sebagai mewakili pendirian parti.
Datuk Mohd Zaidi Said berkata segala tindakan Jamal yang terkenal dengan pelbagai demonstrasi kreatif menyerang pimpinan Pakatan Harapan, perlu dilihat sebagai perbuatannya sendiri.

“Kalau semua Jamal buat itu dianggap sikap ketua Umno bahagian, itu menyekat kebebasan kita bertindak kepada pelampau-pelampau. Kita tidak buat macam tu, tetapi biarlah Jamal sahaja buat macam itu,” kata Zaidi dalam usul menyokong ucapan dasar yang disampaikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan agung parti itu hari ini.

Dalam demonstrasi terbaharu Jamal, pemimpin Baju Merah itu membakar patung Datuk Zaid Ibrahim, menuduh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghina Sultan Selangor.

Jamal juga beberapa kali mengadakan protes dan gangguan di bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, termasuk aksinya yang bertuala membawa gayung sebagai simbolik membantah masalah air di negeri itu tidak lama dulu.

Zaidi berkata apabila tindakan Jamal dianggap tidak mewakili parti, Jamal bebas meneruskan perjuangan “gila” dalam menentang pentadbiran kerajaan di Selangor.

Beliau turut mempersoalkan pembangkang yang tidak konsisten ketika menyalahkan Umno disebabkan tindakan seseorang individu.
“Apabila terkena kepada pembangkang, mereka kata itu tindakan individu bukannya mewakili parti. Bila kena pada pemimpin Umno yang tersalah cakap, dikatakan sebagai tindakan parti, bukannya individu.

“Ini tidak adil. Namun saya mahu Jamal teruskan perjuangan gila dia (Jamal) itu untuk memastikan Selangor berjaya,” katanya
FMT

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts