“Jangan fitnah saya…” – Sarah Hilderbrand nafi kritik & bakar tudung Neelofa

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 18 Oct 2020 05:04:17

Sejak pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa mengambil keputusan untuk mengenakan niqab sebagai penampilan terbarunya.

Secara tidak langsung, nama pelakon Sarah Hidelbrand  yang kini sudah tidak berhijab menjadi bualan, lantaran ada yang mendakwa pelakon itu pernah mengkritik kontroversi pelancaran tudung jenama Naelofar di Zouk, Kuala Lumpur.

Umum sedia maklum, pelakon berdarah kacukan itu memutuskan untuk membuka hijab, daripada situlah para warganet mengambil kesempatan membuat perbandingan penghijrahannya dengan Neelofa.

Dikatakan, ada yang mendakwa Sarah pernah membakar tudung-tudung berjenama Naelofar dan lantang mengkritik Neelofa di ruangan IG Live susulan daripada kontroversi pelancaran tudung di Zouk.

alt

Sarah bagaimana pun, menerusi entri di IG story miliknya menegaskan kesemua yang diperkatakan mengenainya adalah satu fitnah.

“Hanya dua perkara saya nak jelaskan tentang isu Zouk. Yang pertama, saya tidak bercakap tentangnya di ruangan IG Live dan yang kedua, saya tidak membakar hijab-hijab tersebut…”

“Jangan memfitnah, terima kasih…”

alt

Malah, Sarah juga meminta netizen tidak mengaitkan dan menyalahkan suaminya, Otto Gillen, berkenaan keputusannya membuka tudung.

alt

Terdahulu, nama Sarah Hildebrand menjadi topik hangat netizen selepas pelakon itu memuat naik sekeping gambar dirinya dan suami tanpa mengenakan hijab di IG.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015 dan membuka semual tudung beberapa hari yang lalu.

: Sarah Hilderbrand & Gempak (Fiza Kamarudin)

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts