by Oh! Semput
Selepas mengerjakan ibadah umrah dan berhari raya di Kota Suci Mekah, pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana dan anak-anaknya telah terbang ke Turki pula untuk bercuti.
Puteri Sarah juga tidak lokek berkongsi momen-momen kebersamaan dengan anak-anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah di media sosial walaupun tanpa kehadiran suami, Syamsul Yusof.
Percutiannya ke Turki juga turut dibantu oleh beberapa pelajar Malaysia di sana dan mereka turut melayan pelakon itu serta anak-anak dengan baik.
Disebabkan tertarik dengan negara berkenaan, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati ini telah berkongsi harapannya yang mahu melihat anak-anak tersayang belajar di luar negara..
Hasrat berkenaan diluahkan olehnya menerusi hantaran di Insta Story apabila sempat ‘menemubual’ beberapa pelajar Malaysia di Turki berkenaan persediaan untuk belajar di luar negara.
Dalam pada itu, dia juga menitipkan pesan buat anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah supaya menjadi anak yang tidak menyusahkan atau memalukan orang tua apabila dewasa nanti.
Jadi, sebagai ibu bapa, dia sedaya upaya memberikan didikan yang sempurna dan menyusun dari sekarang segala perkara baik agar apabila besar nanti menjadi anak yang berguna.
Terdahulu, nama Puteri Sarah menjadi sorotan media susulan pendedahannya berkenaan orang ketiga dalam rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Dai juga ‘memetik’ nama seorang selebriti media sosial yang didakwa menjadi pengganggu hingga membuatkannya mengambil tindakan undang-undang dan mendapatkan khidmat dua orang peguam bagi membawa hal tersebut ke muka pengadilan.
: Instagram Puteri Sarah Liyana