“Jangan Mengata Orang, Takut Dosa Awak Lagi Teruk”

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Feb 2019 06:00:07



Pernah berdepan episod hitam apabila menghidap tumor otak, baru-baru ini Nazim Othman ada memuat naik foto mengimbas kembali ketika dia menjalani rawatan dan pembedahan empat tahun lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, Nazim memberitahu dunianya bertukar gelap serta merta apabila diberitahu tentang ketumbuhan otak yang dihadapinya. Namun, dia memanjatkan kesyukuran kerana Allah memakbulkan doanya dan dia kini sudah sembuh sepenuhnya.

BACA: Nazim Othman Beri Tanda Minat Lelaki Lain?

Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kekuatannya dan memuji Nazim bahawa beliau sememangnya seorang pejuang. Kata netizen lagi bukan mudah untuk berada di tempatnya.

Bagaimanapun, ada beberapa komen negatif daripada netizen yang mendapat perhatian Nazim. Tidak hanya mendiamkan diri, Nazim bertindak membalas kata-kata biadap netizen itu.

Malah, pengikut-pengikutnya turut mengecam komen biadap netizen tersebut yang disifatkan melampau. Peminatnya turut menasihati Nazim untuk tidak menghiraukan komen negatif tersebut dan terus pandang ke hadapan.

Apa pun Nazim sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi untuk kembali pulih. Diharap perkongsian Nazim ini sedikit sebanyak dapat dijadikan inspirasi mereka diluar sana untuk tidak patah semangat dalam menghadapi apa jua perkara.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News