“Jangan Main Sebut Atas Alasan Nak Buat Lawak” – YouTuber Didakwa Hina Nabi Muhammad S.A.W, Netizen Tuntut Permohonan Maaf

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 05 Jun 2026 03:03:02

Satu kandungan video daripada sebuah saluran YouTube terkenal kini menjadi perhatian ramai selepas kenyataan salah seorang individu di dalam video tersebut mengundang rasa kurang senang netizen.

Menurut netizen, kenyataan berkenaan dianggap keterlaluan kerana dikatakan melibatkan junjungan Nabi Muhammad SAW, selain disampaikan dalam nada yang dilihat seperti melawak.

Advertisement

Dalam video tersebut, salah seorang individu didakwa menyatakan bahawa pada tahun 2026, tiada sesiapa yang akan mengingati Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi apabila ada individu lain dalam video berkenaan dilihat berdiam diri, manakala ada juga yang ketawa.

Perkara tersebut membuatkan ramai netizen, khususnya dalam kalangan umat Islam, menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak wajar diperkatakan kerana dilihat seolah-olah mempersendakan agama.

Susulan itu, beberapa pengguna di Threads menuntut individu terlibat membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan atas kenyataan yang dibuat.

ai team

Bagaimanapun, dalam masa sama, ada juga netizen berpendapat kenyataan tersebut mungkin mempunyai maksud tersirat yang perlu difahami mengikut konteks penuh video berkenaan.

Menurut mereka, penonton perlu melihat konsep keseluruhan video itu terlebih dahulu kerana ia didakwa mempunyai kaitan dengan isu semasa yang sedang berlaku di dunia ketika ini.

ai team

ai team

Namun begitu, perkara tersebut tetap mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila masing-masing mempunyai pandangan berbeza mengenai maksud sebenar kenyataan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-04 13:21:03

"Aku Ada Duit, Aku Comel" - Pempengaruh Bob Akui Sudah Putus, Bekas Teman Wanita Minta Jangan Sebut Namanya Lagi

“Jangan Main Sebut Atas Alasan Nak Buat Lawak” – YouTuber Didakwa Hina Nabi Muhammad S.A.W, Netizen Tuntut Permohonan Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts