Janggal pula rasa update blog guna laptop

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 14 Sep 2021 05:31:43

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua yang bergelar blogger. Rakan semua tulis blog guna handphone atau laptop?

Lama rasanya tak update blog guna laptop. Selama beberapa tahun ni guna handphone je terutama sejak 2019. Rasa lain sangat bila dah biasa menaip di handphone berbanding guna laptop masa mula-mula blogging 2009 dulu.

Bila beralih guna handphone untuk internet ni yang rasa malas nak taip di hp panjang2, membuatkan bertahun jadi tak aktif berblog.

Memang kalau guna laptop lebih senang dan laju untuk menaip dan modified ayat, tapi bila dah biasa guna phone, sambil duduk...baring pun boleh update. Lama-lama laptop pun berhabuk dah tak diusik kecuali nak siapkan hal berkaitan kerja.

Kali ni cuba try update dan menaip blog guna laptop semula rasa janggal lah pula.

Sebenarnya update blog dan menulis di hp ni lebih mudah kerana ;

- Bila ada idea tulis je dulu sebagai draf. Ada masa baru boleh panjangkan penulisan.
- Senang nak terus upload & download gambar berkaitan.
- Flexible dan boleh menulis di mana-mana tak perlu bawa laptop berat2 dah.
- Saya save blogger sebagai widget di home skrin handphone, lebih senang nak akses.

akkan shortcut widget blogger dan laman web yang selalu diakses, jadi senang tak perlu taip lagi nama URL setiap kali nak browse.

Mungkin 1 hari nanti penggunaan laptop pun dah tak relevan lagi untuk membuat kerja-kerja harian dan penulisan.

Memang benarlah seperti di kata, dunia di hujung jari. Apapun, tulis dan kongsilah yang baik-baik.

Tak panjang pos kali ni sebab taip guna laptop, rasa janggal sangat dah...

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts