RCI: Janji Anwar tidak akan diperalatkan

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 20 Jul 2017 00:01:11

Sinar Harian
 Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi kerjasama penuh berkenaan isu Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara.

Menurutnya, beliau bagaimanapun menetapkan untuk tidak diperalatkan dalam gelanggang politik berhubung isu tersebut.
"Saya akan berikan kerjasama penuh kepada RCI ini serta memberikan fakta secara telus tetapi, tidak akan diheret untuk diperalatkan dalam gelanggang politik," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan diberikan tanggungjawab menjadi Pengerusi RCI dalam menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990.

Tempoh masa yang diberikan adalah selama tiga bulan buat Sidek untuk mengetuai RCI tersebut serta menyelesaikan siasatan.
Sementara itu, Anwar turut mengalu-alukan kesediaan kerajaan dalam menubuhkan RCI namun sempat memberi peringatan beliau.
"Peringatan saya agar jangan ia dijadikan momok politik untuk menyerang musuh tertentu," katanya lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts