by Oh! Semput
Pempengaruh media sosial yang dikenali dengan reviu jujur tentang makanan, Jason telah berkongsi pendapatnya tentang sesetengah pemilik bisnes yang gemar membuli pelanggan hanya kerana memberi feedback jujur.
Menerusi hantaran dikongsi, Jason berkata dia terpanggil untuk bersuara dan menegur pemilik perniagaan yang tidak boleh menerima kenyataan apabila produk yang mereka jual mendapat kritikan atau rating yang rendah.
Kata Jason, peniaga begini kebiasaannya akan membuli dengan menggertak pelanggan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Peniaga sebegini juga akan menggunakan platform mereka untuk memalukan pelanggan itu dengan menularkan akaun atau wajah mereka.
Jadi kamu ugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap citarasa seseorang? Itu bukan keyakinan tau, itu takut. Itu taktik membuli untuk mendiamkan mereka yang tidak boleh bersuara.
@scaredtodieaku tak sebut namaSUMBER ASAL ![]()
Leave a Comment:
Related News