Jatuh Cinta Dengan Watak Komik? W: Two Worlds Malaysia Penuh Plot Twist, Babak Unexpected!

by Oh! Semput


10
SHARES
129
VIEWS
Posted on 01 Dec 2023 13:31:08

Diadaptasi dari siri Kdrama popular 

w two worlds

K-Drama yang pernah mencetuskan fenomena pada 2016 kini akan ditayangkan dalam versi adaptasi di Malaysia! W: Two Worlds yang mendapat sambutan hangat penonton dan menggondol pelbagai anugerah termasuk Drama of the Year di MBC Drama Awards ke-36.

Advertisement

Drama bersiri 12 episod yang membariskan Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan ramai lagi pelakon hebat ini ditayangkan di platform Viu bermula 30 November dengan 2 episod terbaru setiap hari Khamis. 

Mencari ayah Izara

W: Two Worlds mengisahkan pencipta siri komik W yang juga ayah Izara (Daiyan Trisha) hilang tanpa jejak. Misi pencarian Izara membawa gadis ini ke dunia komik.

Di dunia komik itu,, Izara telah menyelamatkan Aliff (Hun Haqeem). Plot makin meruncing apabila Izara mendapati rupanya dia menjadi sebahagian daripada kisah dalam komik tersebut.

Aliff pula mempunyai misi menjejaki pembunuh keluarganya 10 tahun lalu. Siasat punya siasat, takdir hidupnya seakan berkaitan dengan Izara. Aik, dah kenapa? Apa kaitan Izara dalam hidup Aliff?

Dari satu insiden ke satu insiden yang lain, merungkai satu demi satu pembongkaran yang tidak dijangka. Macam-macam plot twist ada, memang tak senang duduk kalau layan series ni!

Nak tahu apa sebenarnya kaitan mereka berdua, dan mampukah mereka keluar dari dunia komik yang semakin hari semakin menduga, korang kena pastikan tonton series ni sampai habis.

Bukan je pelakon hebat, series ini juga diarahkan pengarah handalan Datuk Yusry Abdul Halim dan diterbitkan Zurina Ramli yang juga merupakan pengarah dan penerbit adaptasi K-Drama She Was Pretty. 

Ketika majlis pelancaran Viu Original W: Two Worlds baru-baru ini, tetamu juga diberi peluang menonton video kolaborasi antara Viu dan Juara Ultimate VFX Challenge, Sofyank. 

Dah nama Sofyank kan, korang boleh bayangkan lah betapa hebatnya video kolaborasi antara Viu & Sofyank ni. Macam mana Sofyank selitkan elemen komik W dalam video dia?

Jangan terlepas untuk dapatkan update terkini siri ini dan siri-siri menarik lain di Viu dengan melayari laman web rasmi Viu atau ikuti laman sosial rasmi Viu di Facebook, Instagram dan TikTok.

Jatuh Cinta Dengan Watak Komik? W: Two Worlds Malaysia Penuh Plot Twist, Babak Unexpected! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts