Ayda Jebat bagi duit raya buat Datuk Alha Alfa. “Tataw nak nanges ke nak ape…”

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 23 May 2020 16:01:08

Rezeki Datuk Alha Alfa atau nama penuhnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil yang terus melimpah ruah membuatkan dia juga menjadi inspirasi buat orang ramai dengan kejayaannya.

Selain bergelar usahawan berjaya, seperti yang semua ketahui, Datuk Alha Alfa  juga merupakan jurusolek selebriti yang sangat mendapat perhatian netizen. Antaranya juga, penyanyi Ayda Jebat dilihat cukup selesa dengan hasil solekan daripada Datuk Alha Alfa.

huawei-y6p-kv-tile

Editor's Pick

HUAWEI Y6P Lengkap Dengan Gaya, Bateri Dan Skrin Besar, Hanya RM559 Sahaja!

Open New Tab

Dapat diperhatikan juga, mereka sangat akrab dan usahawan terkenal ini turut memanggil pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini sebagai adik.

Jelas terbukti keakraban usahawan dan selebriti ini juga apabila Datuk Alha Alfa berkongsikan kisah yang membuatkan dia terharu di Instagram miliknya.

Dedah Datuk Alha Alfa, dia menerima duit raya daripada penyanyi itu yang membuatkan dia terkedu dan bukan saja dirinya malah Ayda Jebat juga memberikan duit raya kepada manager dan PA.

“Tataw nak nanges ke nak ape… comel gila adik saya ni Ayda Jebat dah tua pun dapat duit raya… hahaha habis manager, PA semua dapat duit raya.

“Semoga Allah sentiasa merahmati mu adikku, bukan amount yang menjadi kepentingan… tetapi ikatan dan peringatan tu yang amat abang hargai.”

View this post on Instagram

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts