Fyna Jebat enggan ulas, kontroversi gaduh bersama madu di restoran

by Oh! Semput


16
SHARES
207
VIEWS
Posted on 24 Jan 2023 14:00:29

Penyanyi Ayda Jebat tampil meminta maaf kerana tidak dapat menjelaskan hal sebenar yang berlaku berhubung pergaduhan adiknya, Fyna Jebat bersama madu iaitu Datin Zalina Zaini di sebuah restoran mamak pada awal pagi Isnin.

Jelas Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, dia mahupun adiknya tidak boleh memberi sebarang komen mengenai insiden berkenaan memandangkan ia masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

alt

“Saya mohon maaf, adik saya Fyna enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus dijaga dan atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas,”ujarnya.

Dalam pada itu, Ayda mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan nasib menimpa adiknya tetapi pihaknya tidak boleh memberi sebarang ulasan atau komen berhubung hal berkenaan.

Bagaimanapun, Ayda memohon orang ramai mendoakan agar perjalanan mereka dalam program Famili Duo dipermudahkan.

“Buat masa sekarang, fokus kami hanya dalam program Famili Duo. Saya mohon doa peminat agar semua urusan dipermudahkan,”katanya lagi.

Terdahulu, nama Fyna Jebat menjadi bualan ramai apabila media melaporkan kedua-dua isteri bekas jurulatih bola sepak, Dato’ Zainal Abidin Hassan iaitu Datin Zalina Zaini (isteri pertama) dan Fyna Jebat (isteri kedua) bergaduh di sebuah restoran sekitar jam 2 pagi di Shah Alam.

Difahamkan, punca pergaduhan adalah disebabkan isteri pertama berang  disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.

Malah, tidak tahu bahawa wanita berkenaan telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

: Media Hiburan

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts