Jenama ‘Besar’ Masuk Bazar Ramadan, Tawar Harga Minuman Lebih Murah Undang Pertikaian – “Ada Persaingan, Harga Lebih Terkawal”

by Oh! Semput


10
SHARES
129
VIEWS
Posted on 24 Feb 2026 10:02:36

Isu persaingan di Bazaar Ramadan kini hangat diperkatakan selepas pempengaruh, Mohd Fadli Salleh mendedahkan keluhan peniaga kecil yang mendakwa jualan mereka merosot dengan ketara.

Menurutnya, kehadiran jenama besar seperti ZUS Coffee dan Mixue di tapak bazaar menjadi antara faktor pelanggan beralih arah kepada yang lebih murah.

Advertisement

bazar

Perdebatan utama tertumpu kepada faktor harga dimana jika peniaga air balang biasa menjual pada harga antara RM5 hingga RM8, jenama besar pula mampu menawarkan minuman serendah RM3.90. Perbezaan harga yang ketara ini menyebabkan sebahagian pelanggan memilih tawaran yang lebih murah daripada jenama terkenal.

Keadaan tersebut mewujudkan dilema dua sudut pandang berbeza. Dari sisi peniaga kecil, mereka berasa terhimpit dengan persaingan syarikat yang memiliki modal dan rangkaian besar. Manakala dari sudut pengguna, kehadiran jenama besar dilihat memberi lebih banyak pilihan dengan harga lebih kompetitif.

komen

Persoalan yang timbul kini ialah sama ada kemasukan jenama besar ke bazaar Ramadan merupakan satu bentuk persaingan sihat dalam pasaran terbuka, atau ia sebenarnya memberi tekanan kepada kelangsungan hidup peniaga kecil yang bergantung kepada jualan bermusim sepanjang Ramadan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

masjid seksyen 7
2026-02-24 12:33:10

Masjid Seksyen 7 Shah Alam Perkenal Mesin Vending Makanan Percuma Pertama Di Malaysia

Jenama ‘Besar’ Masuk Bazar Ramadan, Tawar Harga Minuman Lebih Murah Undang Pertikaian – “Ada Persaingan, Harga Lebih Terkawal” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts