Jenazah adik TPM selamat dikebumikan

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 23 Dec 2016 08:01:00

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyiram air mawar di pusara adiknya, Ahmad Dzulfikri, yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Nipah Darat, di sini, kira-kira jam 2.50 petang tadi.

BAGAN DATOH: Jenazah adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Nipah Darat, di sini, kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang belum berkahwin disolatkan di Masjid Al-Falah, di sini, selepas solat Jumaat yang diimamkan oleh Syeikh Dr Syed Idris Al-Makki.

Ahmad Zahid dalam ucapan ringkasnya selepas solat berkenaan meminta semua jemaah mendoakan kesejahteraan adik bongsunya daripada sembilan beradik itu.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Angkatan Tentera (HAT) Sultan Mizan, Wangsa Maju, di ibu negara dan tiba di rumah keluarga Ahmad Zahid di sini kira-kira jam 11.25 pagi.

Allahyarham yang berusia 45 tahun menghadapi komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang, meninggal dunia di HAT Sultan Mizan,  jam 11.30 malam tadi.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts