JKKP Johor nafi keluar amaran COVID-19

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 12 Mar 2020 06:01:38

JOHOR BAHRU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor menafikan pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan penularan jangkitan COVID-19, di Pasir Gudang.

JKKP dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata jabatan itu juga tidak mengeluarkan sebarang amaran penularan COVID-19 di mana-mana kawasan sekitar Johor.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat mengenai wabak COVID-19 tanpa menyemak dahulu kesahihannya dengan Kementerian Kesihatan, ” kata kenyataan berkenaannya.

Sejak semalam, keratan kenyataan yang kononnya dikeluarkan JKKP itu tular di media sosial sehingga menimbulkan panik di kalangan penduduk Johor Bahru.

Dalam keratan kenyataan yang tular itu, JKKP dipetik mengeluarkan amaran supaya orang ramai mengelakkan beberapa kawasan didakwa menularnya wabak COVID-19 termasuk sekitar Pasir Gudang dan pusat bandar.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts