“Jujur Saya Cakap, Sebelum Ini Saya Gagal Jadi Suami Terbaik”

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 13 Apr 2021 16:00:11

Perubahan pengacara dan pelawak Nabil Ahmad yang memilih untuk berhijrah ke arah kebaikan dan mendekatkan diri dengan agama di sambut baik oleh ramai pihak.

Namun, ada juga yang mengatakan perubahan yang berlaku ke atas dirinya terlalu drastik sehingga ada yang melabel Nabil berbuat demikian huntuk mengikut jejak orang lain.

BACA: Nabil Ahmad Menangis Sebak Dengar Cerita Ustaz Ebit Lew

Enggan ambil peduli dengan apa yang diperkatakan orang ramai mengenai dirinya, Nabil berkata apa yang penting dia tahu apa yang sedang dikerjakan.

“Saya sendiri pun tidak sangka sebenarnya. Apa yang boleh dikatakan, saya lebih tenang dengan apa jua yang saya lakukan ketika ini.

“Saya buat untuk diri sendiri sahaja. Terpulang kepada mana-mana pihak untuk terima atau sebaliknya. Hidayah Allah milik semua,” katanya.

Kata Nabil lagi, perubahan yang berlaku atas kehendak sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Malah, dirinya sendiri tergerak hati untuk mendekatkan diri dengan agama.

“Saya sendiri tergerak hati mahu memperbaiki dan mendisplinkan diri. Niat saya hanya satu, mahu mendalami ilmu agama sebanyak yang mungkin.

“Kadangkala saya sendiri pun terfikir kenapa baharu sekarang dan pada usia begini saya nekad untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama. Kenapa tidak dahulu lagi,” ujarnya.

Meluahkan rasa syukur isterinya, Zira Ayub kini sudah berhijab, Nabil akui sebelum ini dirinya bukan seorang suami terbaik.

“Alhamdulillah, isteri saya, Zira Ayub juga kini sudah bertudung. Anak-anak dan keluarga juga banyak berubah ke arah kebaikan.

“Jujur saya katakan, sebelum ini saya gagal jadi suami yang terbaik. Cara yang saya gunakan untuk mendidik isteri dan anak-anak silap,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil akan terus berada dalam dunia hiburan meskipun sudah berhijrah kerana baginya merasakan ia platform paling mudah untuk menyebarkan kebaikkan.

“Saya akan terus berkarya dan berkongsi bakat selagi diterima. Pada masa sama, saya mahu mencari reda Allah.

“Masakan saya mahu berhenti begitu saja. Lagipun pada saya, bidang hiburan juga merupakan antara platform dan medan terbaik untuk menyalur dan berkongsi ilmu berkaitan agama.

“Tiada apa yang saya mahukan. Cukup hidup diberkati dan memiliki masa depan yang cerah sebagai manusia beragama Islam. Insya-Allah,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts