Jauh dari anak, Juliana Evans sudah niat mahu dermakan susu badan buat bayi di Mekah

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 10 Oct 2019 08:02:49

Baru sahaja bergelar seorang ibu pada seorang bayi perempuan Julai lalu, pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans terpaksa meninggalkan seketika cahaya matanya untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Memandangkan usia puterinya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah baru berusia 3 bulan, jadi Juliana perlu memerah susu badan ketika berada di Mekah.

“Ada yang bertanya, apa yang saya lakukan dengan susu badan saya ketika travel. Sebenarnya saya masih ‘pump’ susu sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari…”

alt

Namun sayangnya susu tersebut tidak dapat untuk diberikan kepada anaknya buat masa sekarang. Oleh itu, Juliana menerusi IG story miliknya menyatakan niat mahu mendermakan susu badannya kepada bayi yang memerlukan.

“Kemudian saya simpankannya di dalam peti sejuk dan sebelum saya check out dari hotel, saya cuba dermakannya dengan bertanya sesiapa yang memerlukan atau mencari bank susu…”

alt

alt

alt

Juliana, mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor dan Selangor,  Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj dan dikurniakan seorang cahaya mata.

: Juliana Evans

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts