Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang bermesyuarat lebih 3 jam

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jan 2019 05:02:27


11 Januari 2019 10:25 PM

KUALA LUMPUR - Laungan 'Daulat Tuanku' kedengaran selepas selesai mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang selama lebih  tiga jam yang dipengerusikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini hari ini,.

Mesyuarat tersebut di sebuah hotel di sini bermula jam 4 petang dan berakhir kira-kira pukul 7.30 malam.

Difahamkan mesyuarat tersebut bagi mendapatkan perkenan memasyhurkan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang.

Media sebelum ini melaporkan Sultan Ahmad Shah bakal menyerahkan takhta kepada anakandanya Tengku Abdullah yang telah menjadi Pemangku Raja Pahang sejak 28 Disember 2016.

Mesyuarat itu, yang dihadiri kerabat diraja Pahang, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan exco kerajaan negeri serta Orang Besar Berempat, diadakan selepas Majlis Pengurniaan Suratcara Pelantikan Setiausaha Kerjaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. - Bernama
 
 

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...