Jurutera dipecat Apple kerana membenarkan anaknya membuat video tentang iPhone X yang belum dikeluarkan di pasaran

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 02 Nov 2017 14:01:37

Seorang vlogger YouTube bernama Brooke Amelia Peterson telah menyebabkan bapanya yang bekerja sebagai jurutera di Apple dipecat dengan serta-merta. Semuanya disebabkan oleh tindakan bapanya yang membenarkan Amelia menunjukkan iPhone X di dalam saluran YouTubenya.

Sejak video tersebut dimuatnaik ke laman sosial, bapa Amelia telah diberhentikan manakala video berkenaan dipadamkan daripada YouTube.

Dalam video berkenaan, Amelia dikatakan telah merakamkan telefon pintar iPhone X milik bapanya, Ken Bauer. Rakaman yang dilakukan dalam kafeteria syarikat Apple tersebut telah menunjukkan beberapa ciri berkenaan telefon canggih tersebut.

Video tersebut tanpa dijangka telah menjadi ‘trending’ dalam carta video di YouTubesebelum dipadamkan tanpa sebarang penjelasan yang kukuh.

Justeru, Amelia memutuskan untuk memuatnaik sebuah lagi video bagi menjelaskan punca video tersebut dipadamkan. Menurutnya, ianya adalah permintaan daripada pihak Apple sendiri.

Tambah Amelia, “Apple melepaskan bapa saya. Akhirnya, apabila anda berkhidmat untuk Apple, mereka tidak mengambil kira betapa bagusnya anda. Jika anda langgar peraturan, mereka tidak akan bertoleransi”.

Walaupun produk telefon terbaru keluaran Apple iaitu iPhone X boleh ditempah lebih awal malah pihak Apple sendiri telah melancarkan satu majlis yang membolehkan media menggunakan iPhone X untuk merakam video serta gambar, video yang diambil oleh Amelia kelihatan agak luar biasa. Hal ini kerana ianya kelihatan seperti video kandid yang dipamerkan oleh pekerja Apple sedangkan telefon berkenaan belum lagi dipasarkan.

Nampaknya, pihak Apple tidak gemar jika terdapat pekerjanya yang menunjukkan produk belum dikeluarkan secara rasmi ke laman sosial.

: Business Insider

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts