by Oh! Semput
JustWatch ialah aplikasi yang saya gunakan untuk mencari kandungan yang ingin ditonton secara “halal” menerusi perkhidmatan penstriman berbayar. Proses mencari adalah semudah menaip dan kemudian JustWatch menyenaraikan di mana ia boleh ditonton. JustWatch TV baru sahaja dilancarkan semalam dengan ia menawarkan penstriman secara percuma dengan sokongan iklan.

Beberapa filem ditawarkan menerusi JustWatch TV yang masih di peringkat Beta. Perkhidmatan penuh akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Pada waktu ini JustWatch TV hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.
Ia sebuah lagi perkhidmatan penstriman alternatif percuma yang ditawarkan kepada umum dalam dunia yang kini dipenuhi perkhidmatan penstriman yang semakin hari semakin mahal. Di Malaysia misalnya, Netflix baru sahaja mengumumkan kenaikan harga. Masih tiada pelan sokongan iklan yang lebih murah di Malaysia bagi mereka yang tidak mampu membayar langganan bermula RM19.90 sebulan.