Baju kahwin rosak kena banjir, pengantin ini tetap langsung majlis dengan berpakaian biasa

by Oh! Semput


HOME Posted on 03 Dec 2019 12:02:49



Apabila tibanya detik bahagia sudah pastilah setiap pasangan mengidamkan majlis yang sempurna, berserta dengan busana pengantin yang menambahkan lagi seri raja sehari.

Namun, malang sekali buat pasangan pengantin, Maizatul Akmal Moh Razmi, 29, Aliff Taufiq Alin Azman, 28 apabila terpaksa berdepan dengan banjir pada hari perkahwinan mereka.

Menerusi perkongsian Bernama di Twitter, pasangan pengantin yang dalam perjalanan menuju ke rumah pihak perempuan tersekat di tengah jalan akibat banjir dan kenderaan yang dinaiki telah dimasuki air.

Akibatnya, majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada pagi Jumaat 29 November, terpaksa ditunda selepas Asar kerana keadaan jalan yang sudah ditenggelami air.

Paling tragis sekali, busana pengantin serba putih yang dipakai pasangan mempelai juga habis basah dan kotor kerana terkena air banjir yang kotor.

#PengantinNikahKetikaBanjir

Pasangan Maizatul Akmal Moh Razmi, 29, Aliff Taufiq Alin Azman, 28, terpaksa bernikah dengan hanya berpakaian biasa selepas baju pengantin mereka rosak ketika mengharungi air banjir semalam.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...