Kahwin tanpa pengetahuan, berang disindir punca isteri2 bekas jurulatih bergaduh

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 24 Jan 2023 08:00:29

Hari ini, kecoh di media sosial apabila isteri-isteri kepada bekas jurulatih bola sepak bergaduh di sebuah restoran terletak di Shah Alam, Selangor kerana salah faham.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata punca sebenar pergaduhan itu berlaku kerana isteri pertama berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.

Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati isteri pertama jurulatih berkenaan berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri kedua suaminya.

alt

“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen,”katanya.

Selain itu, isteri pertama turut memarahi madunya dan mendakwa wanita berkenaan telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

alt

Katanya lagi, kedua-dua wanita berkenaan turut menarik rambut sesama mereka dan pertengkaran yang berlaku di dalam restoran juga dibawa sehingga ke bahagian luar.

“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.
“Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung kejadian,” katanya.

alt

Terdahulu, sebuah restoran kacau-bilau apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang bekas jurulatih bola sepak tempatan bergaduh kira-kira jam 2 pagi. Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di restoran berkenaan.

Kes disiastan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

: Sinar Harian

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts