“Kalau kawan-kawan dia minta tolong, jam 3 pagi pun sanggup..Rupanya ini ‘kawan’ yang dia sanggup tolong tu

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 03 Apr 2024 04:32:06

Aku Munah. Semestinya bukan nama sebenar. Pinjam sekejap. Pelik kan tajuk coretan aku ni?

Suami aku ni bukan jenis pemalas bekerja, pemalas sampai nak harapkan orang. Tapi pemalas dia bila bab isteri dan anak-anak.

Aku dengan suami dah berumah tangga hampir 13 tahun. Lama kan? Sejak dari tahun pertama aku dah hadap perangai pemalas family dia ni.

“Kalau kawan-kawan dia minta tolong, jam 3 pagi pun sanggup..Rupanya ini ‘kawan’ yang dia sanggup tolong tu

Tahun pertama kahwin, first time berpuasa sama-sama, ajak dia beli juadah kat bazaar yang mana sekangkang kera je dari rumah. Malas katanya. ‘Awak la pegi sendiri.’

Aku pulak jenis ‘tak mau buat, aku buat’ jadi dengan perut boyot aku (masa tu tengah mengandung anak sulung), berjalan la sorang-sorang pegi bazaar. Beli juadah untuk aku dengan dia. Dah on the way nak naik rumah, terserempak dia kat lif. ‘Tunggu si ‘A’ dia ajak pi bazaar’.

Walawey, bini ajak kau suruh pegi sendiri? Kawan ajak kau sanggup tunggu di bawah. Time tu aku dah boleh agak macam mana keadaan masa depan aku. Dari haritu, aku dah belajar, aku tak perlu tunggu dia kalau aku nak apa-apa. Aku boleh buat sendiri.

Disebabkan kemalasan suami aku, aku belajar berdikari naik transport sendiri. Masa ni belum ambik lesen lagi, sebab kenderaan yang ada pun moto saja. Dia guna untuk ke tempat kerja.

Jadi aku selalunya naik bas ke mana-mana saja aku nak pergi. Checkup anak, hspital, jalan-jalan. Sampai anak ke dua pun aku naik bas. Senang. Seronok naik bas dengan anak-anak. Diorang happy tengok permandangan. Lagipun murah. RM2.50 dah sampai destinasi. Anak-anak half price.

Suami aku? Selagi tak menyusahkan dia, dia OK. Jadi selalunya aku dengan anak-anak boleh rancang nak kemana-mana sesuka hati kami. Duit? Alhamdulillah gaji aku masa tu lebih dari mencukupi untuk aku dengan anak-anak.

‘Kau tinggal je suami macam tu, dia ‘makan luar’ nanti macam mana?’

Isu ‘makan luar’ dari anak pertama aku dah tau dia ada side ch1ck. Maklumlah, suami aku kerja malam. Restoran dan bar. Jadi haruslah ada side ch1ck. Sebab aku kan dah tak fun macam awal-awal dia kenal aku. Aku sibuk dengan anak dan rumah tangga.

Jadi benda ni aku pun naik malas nak gaduh. Bila sampai masa dia sendiri akan berubah. Mana taknya, duit gaji RM4k sebulan. Duit untuk aku dengan anak2 RM500 je.

Bil semua dia bayar. Gaji dia habis ke side chick la apa lagi. So dia takde simpanan langsung. Malas nak menyimpan katanya. Aku gaji RM2K je sebulan. Tapi setengah aku buat simpanan. Sebab bercita-cita nak beli kereta sendiri.

Jadi dia pelik macam mana aku boleh bermewah padahal dia macam tak ada apa-apa. Sekarang dia dah tak kerja malam, gaji dah 2K je sebulan. Masih dia pelik macam mana aku yang buat Grab ni boleh survive sampai waktu PKP ni.

Bila aku dah ambik kereta second hand, aku selalu jugak minta tolong dia hantar kami kemana-mana. Macam biasa la alasan dia, ‘Awak boleh pegi sendiri kan, dah ada lesen kan?’.

So aku pun tak pernah harapkan dia. Berdikari. Pegi mana pun hadap. Dari pakai GPS sampai la zaman Waze aku hadap sendiri. So aku sekarang lebih tech savvy dari dia. Dan dari kerja dengan orang sekarang aku dah kerja sendiri. Buat Grab. Buat runner. Masa sendiri.

Saakit nak beranak? Pegi hspital sendiri. Suami busy. Jadi kelebihan sekarang aku lebih tau macam-macam prosedur dan aku lebih kenal ramai orang yang boleh tolong aku dari segi rasmi dan tak rasmi.

Bulan puasa selalunya bulan yang paling mencabar. Aku tak pernah berharap dia nak pegi beli apa-apa pun kat bazaar. Dari 1st year kahwin sampai la sekarang. Alasan dia malas nak bersesak. Tapi nak aku belikan dia tepung pelita la, karipap la, nasi beriyani la, onde-onde la. Duit? Guna duit aku la.

Disebabkan kemalasan dia nak ke bazaar dan nak bagi duit, aku belajar semua resepi makanan yang dia nak. Semua aku dah pro sekarang. Terkadang buat lebih untuk berniaga. Dapat duit sikit. Bertambah simpanan aku.

Terkadang tu minta jugak ke kedai belikan bahan, dia tarik muka. Kalau dah gitu baik la aku pegi sendiri. Malas nak melayan.

Dia malas nak hadap apa-apa pun yg melibatkan family aku dan jugak anak-anak dia. Aku pulak malas nak cari gduh. Ikut suka dia la. Kalau aku atau anak-anak minta tolong memanjang malas. Jadi kami belajar berdikari. Buat semua sendiri.

Kalau kawan-kawan dia yang minta tolong, jam 3 pagi pun sanggup. Mula-mula aku kecik hati jugak. Tapi dah lama ni aku dah redha. Allah pun dah lapangkan hati aku.

Ada kelebihannya ada suami macam ni. Ada hikmahnya suami aku perangai macam ni. Ada macam-macam lagi kemalasan yang aku boleh cerita tapi aku rasa esok pun tak habis.

Aku selalu doa supaya dia berubah. Bimbang nanti dia dah mngal, anak-anak pun malas nak urus sebab perangai malas dia masa anak-anak minta tolong.

Jadi yang mana dapat suami yang lebih kurang macam aku ni. Jangan tengok kekurangan. Tengok kelebihan. Doa yang baik-baik. Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan. Sebab hati ni milik Dia. Lillahi taala. In Sya Allah kita akan sentiasa bersabar.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet

Mimi Shawati, Isteri bukan hamba suami. Kalau semua benda isteri yg buat, suami smpai tahap dh abaikan t/jwb dia sbg org yg Allah amanahkan utk lindungi isteri & anak2, ini dah kira melampaui batas. Redha memang perlu, tapi biar bertempat .

Zureena, Allahuakbar dh mcm ibu tunggal gayanya nih. Kuat sgguh fizikal mntal confessor. Jhatnya suami tu nt mnjawabla di akhirat esok sb xjalankan tanggungjawab. Selalunya isteri yg berdikari mcm ni la dapat suami yg xguna mcm ni. Minta dijauhkan la.

Sis Zulaikha, Pergghhh, laki gini t0xic, hidup klw nak sendiri2 xpyh berkeluarga, hidup sendiri2 je. Mmg confessor ni dah lama sgt makan hati sampai jadi redha. Moga Allah terus murahkan rezeki akk. Bab suami, biar dia tanggung kat akhirat, jawab dengan Allah.

Qistika Eyka, Ap guna suami tu dalam kehidupan awk yer? Sebagai pemuas nafsu je? Tempat buat ank? Ank dh berderet.. siap ad side chick lagi pn awk boleh bersabar n pejam mata mcm xde ap2 yg berlaku? Kang kena hiv bru tahu..

Suami xnk lgsg tlg isteri then what for suami tu ? Mana family suami? Mana family awk? If awk dri broken family pn bkn mcm ni caranya nk teruskan kehidupan awk… don’t be so naive.

Better single life, live with your kids saja.. husband tu lupakan saja.. dh mcm biawak hidup dh dlm kehidupan awk.. nk berserah nk mendoakan yg baik2 xsalah, but jgn smp suami ambik kesempatan ats diri kita tapi kita still pejam mata.

Siti Syazawani, So whats the point of u having a husband if u cannot share ur responsibility together? Kalau semua benda boleh handle sendiri la.. Baik berpisah je sbb kita xtahu mulut je ckp redha tp dlm hati tak.

Lepas tu duk tanggung dosa la selama dalam perkahwinan tu.. And its not healthy for ur children.. Kalau anak lelaki, he will think it is ok kalau seorg lelaki behave that way.. Kalau anak perempuan, she is used to being treated like that.. Benda2 mcm ni akan effect pilihan pas4ngan dorg nnt in the future..

Pernah dengar x k3s y seorg anak akan dpt pas4ngan y sama mcm mak ayah dy even y tu y dy elak? Sebab he/she xsedar that they already used to it.. And somehow they are the one ended up choosing that kind of partner.

Ieda Hanim, Kalau mcmni, apa kelebihannya ya? Dah siap bgtau takut mti nnt anak2 pun xnk uruskan. Siap redha dgn side chick whatever.. bagus betul la kak munah ni.. mungkin ramai lelaki kat luar yg suka jenis perempuan cmni.

Ainul Hastika, bila jadi isteri, ada anak..should ad husband, should ada ayah..klu TT nak hdap prangai jantan x guna tu for the rest of your life, suka hati TT lah. tpi klu sy, dah dpt bdikari mcm ni..pa guna suami?tukang tabur sperma je?tukang tambah anak, last2 tambah tanggungjwab isteri?

islam x ajar isteri redha dlm keadaan mcm ni..ini teraniaya. Islam ajar masing2 take part & role dlm rumah tangga..even Nabi pon pndai buat kerja rumah.

Maisarah, Hahahahaha semua nampak kelemahan n kemalasan tu. tapi kelebihan tu ada kat perempuan yg kuat mcm tt. Kumpul pahala selagi mampu. Walaupun husband sperm donor dan masih bayar bil bil rumah dia. At least tt bagi tahu la kelebihan tu. takde la obios biawak hidup.

Nadiah Majid, Tp mmg btul klu dpt laki spesis mcm ni … Mmg suri rmh kn bdkari… Dnia skrg xmcm dlu…nk p mn pun sng… Xberkait dgn arahn si suami.. Nk kluar mnx izin ka pa ka.. Sbb bini kluaq smua ats urusn.. Dan suami pun mls dan xksh.. Sng kerja.. Klu jnis xbg kluar duk rumah ego tggi.. Mau xstres… Sempoi kak… Moga allah permdh urusn kak.. Salute, Org terpilih ja mmpu hadap.

Liza Sabri, Ibarat melukut ditepi gantang menambah tidak mengurang pun tidak. Macam biawak hidup jap lagi kena tanam hidup2. Bab kawan sanggup turun pkul 3 pagi.

Sedangkan kalau s4kit nak mti nanti anak bini la yg bersusah payah jaga dia. Cannot brain la kalau Ada suami yg macam ni tapi kenyataannya mmg ramai suami spesis macam ni. Anggaplah kekurangan itu sebagai satu kelebihan.

Melati kesuma, bab side chick tu je yg buat aku mcm terkedu sikit..tak tkut peny4kit kel4min ke.??side chick tu perbuatan tak elok..maksiat dan haram utk suami puan..tpi knpe puan diam kan je..ke puan pn malas nak kecoh2..

bab lain tu saye boleh terima..sbb yg menanggung nye puan..akhir kate…munahhh ke tuuuuu..??(petikan muvi kak limah.)

BACA:“Anak aku baru 6 bulan tiba-tiba mencungap tak cukup nafas, rupanya mak ngah sihirkan anak aku sebab muntah atas kain dia di pagi raya”

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts