“Kalau Awak Buat ‘Paid Review’, Awak Tak Ada Hak Nak Komen Filem Orang Lain” – Ahmad Idham Tegur Siapa Tu?

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 28 Feb 2024 03:01:13

Lambakan pengkritik filem yang dikenali di platform media sosial sudah tentunya ada kelebihan dan kekurangan dan mungkin mereka ini tidak digemari sesetengah pihak.

Pengarah tersohor, Ahmad Idham tidak terkecuali dan akui berasa risau dengan kemunculan pengkritik filem berbayar di laman media sosial seperti Youtube dan TikTok.

Advertisement

Katanya, golongan ini dilihat tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penggiat seni tempatan.

 

Kalau paid review, tak ada hak untuk ulas filem orang lain

Ujarnya, kewujudan mereka ini merupakan faktor yang menyumbang kepada kejatuhan industri perfileman tanah air kita kerana penipuan mereka dalam memberikan pandangan atau ulasan.

Mereka ‘condemn’ serta memberikan ulasan kepada sesebuah filem dengan harapan ada pihak akan bayar mereka sebab ramai yang dah buat ‘paid review’ pun sekarang ini.

ahmad idham

Pada saya, kalau awak buat ‘paid review’ awak tak ada hak nak komen atau ‘condemn’ filem orang lain, awak komen dan ulas filem yang orang bayar awak sudah cukup.

 

Terkilan, filem dihasilkan banyak persepsi

Pengarah filem berusia 50 tahun itu turut akui terkilan kerana banyak pihak membuat persepsi terhadap karya-karya yang dihasilkannya.

Bila saya buat ‘comeback’ dengan penghasilan filem ‘Anak Perjanjian Syaitan 2’, ada pula yang kata saya dah tak relevan dah lapuk dan sebagainya.

Tambahnya, persepsi sebegitu merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi namun dia tidak putus asa sebaliknya menjadikannya sebagai pembakar semangat.

Tapi itulah, dulu ‘condemn saya’ bila filem saya itu pecah panggung tak ada pula yang nak ucap tahniah.

1 year ago

Ada Unsur Lucah Dilakonkan 'P*rnstar', Filem Tempatan Ini Teruk Dikritik Netizen - "Seriuslah FINAS Lepas 'Movie' Ni?"

“Kalau Awak Buat ‘Paid Review’, Awak Tak Ada Hak Nak Komen Filem Orang Lain” – Ahmad Idham Tegur Siapa Tu? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts